Blogger Backgrounds

Rabu, 28 September 2011

Pengenalan

Asia Goat Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Jun 2011 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.
Kami menjalankan projek penghasilan produk berasaskan susu kambing secara semulajadi dan bersih. Susu kambing bagi pembuatan produk syarikat kami telah diambil dari sumber yang telah mendapat pengiktirafan. Susu kambing merupakan antara kandungan susu yang terbaik kepada manusia dan tidak dinafikan susu kambing lebih baik berbanding susu lembu dan merupakan  susu terbaik selepas susu ibu. Namun bagi mendapatkan susu kambing yang segar selepas pemerahan adalah dalam nilai yang tinggi jadi produk hasilan susu kambing dikeluarkan oleh syarikat kami untuk para pengguna supaya dapat menikmati khasiat susu kambing dari pelbagai jenis. Selain itu, susu kambing yang dikeluarkan oleh syarikat kami mempunyai rasa yang enak, penyediaan yang mudah dan segera, sesuai untuk semua peringkat umur, mempunyai bau yang menyenangkan, tanpa gula dan tiada bahan pengawet dan pewarna organik. Kebaikan susu kambing adalah seperti :
  • tidak menyebabkan alahan
  • Membantu sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
    1. Protein 2.1 kali ganda
    2. Kalsium 2.2 kali ganda
    3. Zat Besi 2.0 kali ganda
    4. Potasium 2.1 kali ganda
    5. Vitamin A 3.8 kali ganda
    6. Garam Galian 2.0 kali ganda
    7. Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
Selain itu, permintaan susu kambing bagi produk kesihatan dan produk kecantikan adalah tinggi. Oleh itu, pengeluaran produk syarikat kami telah mendapat sambutan ramai kerana khasiatnya tinggi dan baik untuk tubuh badan manusia. Bagi mengetahui khasiatnya dengan lebih lanjut, layari www.khasiatsusukambing.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan