Blogger Backgrounds

Rabu, 28 September 2011

Lampiran
Laporan Pembahagian Tugas
Nama ahli
No matrik
Pembahagian Tugas
Kehadiran (% )
Nabihah binti Sudin
S14708
Pengenalan projek
Objektif projek
Kemudahan pemasaran
100
Muhammad Hafiz bin Kamaruzzaman
S14656
Pengeluaran hasil
Kemudahan pemasaran
Penghasilan ‘power point’
100
Nurul Diana Farhana binti Mohd Mislah
S14614
Pengeluaran hasil
Lampiran
100
Nabeelah Aniyyah binti Baharuddin
S14574
Pengeluaran hasil
Kemudahan pemasaran
100
Nur Sakinah binti Abdul Rahman
S14795
Pengeluaran hasil
Lampiran
100
Nurul Hidayah binti Zainuddin
S14699
Pengeluaran hasil
Lampiran
100
Yusnita binti Jamuluddin
S14758
Penghasilan blog
Pengeluaran hasil
100
Chai Ming Siung
S15699
Pengeluaran hasil
Penghasilan ‘movie maker’
100

Hasil

Hasil
Terdapat pelbagai hasil dari susu kambing iaitu penghasilan produk – produk seperti makanan kesihatan seperti tablet kunyah, minuman kesihatan seperti minuman susu kambing, barangan kecantikan sperti losyen, sabun badan, syampoo dan pencuci muka. Menggunakan satu sumber iaitu susu boleh mempelbagaikan produk yang berkhasiat di pasaran.
Bajet
walaupun menggunakan bajet yang tinggi dalam pengusahaan penternakan kambing, tidak disangkal dalam penghasilan produk berasaskan susu kambing bakal menggunakan bajet yang besar oleh kerana harga susu kambing yang mahal berbanding denga susu lembu.
Untung
Tidak dapat dinafikan pulangan yang terhasil adalah sangat lumayan dan menguntungkan kerana permintaan pasaran adalaha tinggi dan produk – produk berasaskan susu kambing ini dijual dengan harga yang berpatutan
Objektif
      Untuk mengetahui khasiat susu kambing dengan lebih terperinci
      Untuk mendedahkan kepada para pengguna tentang khasiat yang tinggi susu kambing kepada manusia
      Untuk memperkenalkan produk hasilan susu kambing secara meluas kepada para pengguna
      Untuk mengetahui jumlah permintaan pasaran susu kambing

Pengeluaran hasil

Sebagaimana yang diketahui sejak sekian lama, susu kambing mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya dalam penghasilan barangan kesihatan dan kecantikan.

Melalui susu kambing, produk yang dapat dihasilkan ialah berdasarkan sector kesihatan, produk seperti  tablet susu kambing iaitu tablet susu Kambing Asia Goat. Khasiat susu kambing dibentukkan dalam bentuk tablet kerana lebih mudah dan menjimatkan masa para pengguna selain tablet ini boleh dikunyah dan dihisap. Dengan pengambilan tablet susu kambing ini dapat membantu para pengguna terutama yang mengalami masalah kesihatan dan secara tidak langsung menjauhi pengguna daripada pengambilan ubat – ubatan hospital. Rumusan yang kaya dengan protein, enzim, mineral dan vitamin penting untuk kesihatan dalam mencegah penyakit seperti yang dinyatakan dibawah.
·         mencegah kanser
·         demam kuning
·         insomnia
·         hepatitis A
·          masalah buah pinggang
·         lemah tenaga batin
·         awet muda

Selain itu, tablet yang dikeluarkan oleh syarikat kami ini adalah membantu menguatkan sistem imunisasi paru – paru juga bersifar anti-arthritis. Bukan itu sahaja, tablet ini berupaya menyeimbangkan kandungan gula dalam darah serta meningkatkan daya ingatan, kepekaan dan penumpuan diri.
Selain itu, syarikat kami menghasilkan produk minuman iaitu minuman Asia Goat. Selain mendapat khasiat melalui tablet, kami juga mengesyorkan khasiat susu kambing dalam bentuk minuman terutama kepada kanak – kanak kerana ianya lebih mudah bagi yang lebih selesa meminum daripada memakan tablet. Antara kebaikannya untuk mengatasi penyakit – penyakit  seperti :
·         gastik
·         ulser perut
·          asma
·          semput
·         Migraine
·         Reput tulang belakang
·         Angin ahmar
·         Kebas kaki dan tangan
·         Masalah kulit
·         Masalah ketika mengandung dan kelahiran
·         Masalah susah buang air besar dan buasir





Untuk produk kecantikan pula, syarikat kami telah memperkenalkan losyen susu kambing madu, Sabun badan anggun kasih rumusan citra, syampoo anggun kasih rumusan alam dan pencuci muka susu kambing Asia Goat.
Tidak dinafikan kebanyakan ramuan bagi produk kecantikan kini kian giat mempergunakan ramuan susu kambing kerana kesedaran yang tinggi tentang bertapa baiknya kandungan susu kambing terhadap tubuh badan terutama kulit.
Produk losyen iaitu losyen susu kambing madu mempunyai campuran susu kambing, madu dan buah delima serta bahan yang disyorkan. Ianya tinggi dengan khasiat vitamin A dan mineral. Losyen bertindak sebagai pelembap kulit dan menggelakkan kulit daripada merekah dan kering selain berupaya melembutkan kulit.
Produk sabun badan  pula ialah sabun susu kambing anggun kasih rumusan citra yang mengandungi ramuan seperti susu kambing,  ekstrak aloevera, ekstrak daun sirih, ekstrak aroma green tea dan jasmine. Sabun ini mempunyai bahan pemutih dan pencerah semulajadi dan sangat sesuai untuk kulit yang sensitive pada bahang matahari dan perubahan cuaca, Ia juga mengandungi pelembap bagi mencegah kulit menjadi kering dan kusam.
Bagi produk syampoo pula, syampoo anggun kasih rumusan alam dapat melembut dan memelihara rambut supaya lebih sihat dan bersinar. Antara kebaikan yang terdapat dalam produk syampoo kami ini ialah seperti :
·         Menguatkan akar rambut
·         Menghitam dan mengilatkan rambut
·         Mencegah kelimumur dan mengelakkan masalah kerosakan rambut
·         Menjadikan rambut kuat, sihat dan mudah diurus.
Pencuci muka Asian Goat juga sebahagian daripada produk kecantikan yang berfungsi sebagai pembersih dan pencerah kulit muka terutamanya kerana khasiat yang memang sesuai untuk kulit muka. Kelebihan pencuci muka Asian Goat ialah :
·         Membersih dan melembutkan kulit
          membersihkan muka jauh hingga ke liang rongga kulit
          mudah menghilangkan kekotoran, minyak dan kesan 'makeup'
         menegangkan kulit muka
         menghilangkan kesan jeragat
         tidak menyebabkan kulit menjadi kering
         menyebabkan penyerapan vitamin dan mineral lebih baik pada kulit.
         menjadikan kulit muka bersih dan segar


kemudahan pemasaran
produk keluaran kami dipasarkan melalui beberapa cara seperti:
-Hypermarket yang terlibat
-kedai-kedai melalui blogspot syarikat
-pembelian terus dari kilang

Pengenalan

Asia Goat Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada bulan Jun 2011 bagi menerajui perniagaan di sektor penciptaan dan pembuatan barangan kosmetik dan produk kesihatan berasaskan susu kambing asli dan tulen buatan Malaysia yang buat julung kalinya mencipta formula dengan bantuan Institut Penyelidikan Minyak Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) serta mendapat pengiktirafan HALAL daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Perdana Menteri.
Kami menjalankan projek penghasilan produk berasaskan susu kambing secara semulajadi dan bersih. Susu kambing bagi pembuatan produk syarikat kami telah diambil dari sumber yang telah mendapat pengiktirafan. Susu kambing merupakan antara kandungan susu yang terbaik kepada manusia dan tidak dinafikan susu kambing lebih baik berbanding susu lembu dan merupakan  susu terbaik selepas susu ibu. Namun bagi mendapatkan susu kambing yang segar selepas pemerahan adalah dalam nilai yang tinggi jadi produk hasilan susu kambing dikeluarkan oleh syarikat kami untuk para pengguna supaya dapat menikmati khasiat susu kambing dari pelbagai jenis. Selain itu, susu kambing yang dikeluarkan oleh syarikat kami mempunyai rasa yang enak, penyediaan yang mudah dan segera, sesuai untuk semua peringkat umur, mempunyai bau yang menyenangkan, tanpa gula dan tiada bahan pengawet dan pewarna organik. Kebaikan susu kambing adalah seperti :
  • tidak menyebabkan alahan
  • Membantu sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) = penyebab utama alahan.
  • Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:-
    1. Protein 2.1 kali ganda
    2. Kalsium 2.2 kali ganda
    3. Zat Besi 2.0 kali ganda
    4. Potasium 2.1 kali ganda
    5. Vitamin A 3.8 kali ganda
    6. Garam Galian 2.0 kali ganda
    7. Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam
  • Sama seperti susu ibu pH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang asidik
Selain itu, permintaan susu kambing bagi produk kesihatan dan produk kecantikan adalah tinggi. Oleh itu, pengeluaran produk syarikat kami telah mendapat sambutan ramai kerana khasiatnya tinggi dan baik untuk tubuh badan manusia. Bagi mengetahui khasiatnya dengan lebih lanjut, layari www.khasiatsusukambing.com/