Blogger Backgrounds

Rabu, 28 September 2011

Pengeluaran hasil

Sebagaimana yang diketahui sejak sekian lama, susu kambing mempunyai khasiat yang tinggi terutamanya dalam penghasilan barangan kesihatan dan kecantikan.

Melalui susu kambing, produk yang dapat dihasilkan ialah berdasarkan sector kesihatan, produk seperti  tablet susu kambing iaitu tablet susu Kambing Asia Goat. Khasiat susu kambing dibentukkan dalam bentuk tablet kerana lebih mudah dan menjimatkan masa para pengguna selain tablet ini boleh dikunyah dan dihisap. Dengan pengambilan tablet susu kambing ini dapat membantu para pengguna terutama yang mengalami masalah kesihatan dan secara tidak langsung menjauhi pengguna daripada pengambilan ubat – ubatan hospital. Rumusan yang kaya dengan protein, enzim, mineral dan vitamin penting untuk kesihatan dalam mencegah penyakit seperti yang dinyatakan dibawah.
·         mencegah kanser
·         demam kuning
·         insomnia
·         hepatitis A
·          masalah buah pinggang
·         lemah tenaga batin
·         awet muda

Selain itu, tablet yang dikeluarkan oleh syarikat kami ini adalah membantu menguatkan sistem imunisasi paru – paru juga bersifar anti-arthritis. Bukan itu sahaja, tablet ini berupaya menyeimbangkan kandungan gula dalam darah serta meningkatkan daya ingatan, kepekaan dan penumpuan diri.
Selain itu, syarikat kami menghasilkan produk minuman iaitu minuman Asia Goat. Selain mendapat khasiat melalui tablet, kami juga mengesyorkan khasiat susu kambing dalam bentuk minuman terutama kepada kanak – kanak kerana ianya lebih mudah bagi yang lebih selesa meminum daripada memakan tablet. Antara kebaikannya untuk mengatasi penyakit – penyakit  seperti :
·         gastik
·         ulser perut
·          asma
·          semput
·         Migraine
·         Reput tulang belakang
·         Angin ahmar
·         Kebas kaki dan tangan
·         Masalah kulit
·         Masalah ketika mengandung dan kelahiran
·         Masalah susah buang air besar dan buasir





Untuk produk kecantikan pula, syarikat kami telah memperkenalkan losyen susu kambing madu, Sabun badan anggun kasih rumusan citra, syampoo anggun kasih rumusan alam dan pencuci muka susu kambing Asia Goat.
Tidak dinafikan kebanyakan ramuan bagi produk kecantikan kini kian giat mempergunakan ramuan susu kambing kerana kesedaran yang tinggi tentang bertapa baiknya kandungan susu kambing terhadap tubuh badan terutama kulit.
Produk losyen iaitu losyen susu kambing madu mempunyai campuran susu kambing, madu dan buah delima serta bahan yang disyorkan. Ianya tinggi dengan khasiat vitamin A dan mineral. Losyen bertindak sebagai pelembap kulit dan menggelakkan kulit daripada merekah dan kering selain berupaya melembutkan kulit.
Produk sabun badan  pula ialah sabun susu kambing anggun kasih rumusan citra yang mengandungi ramuan seperti susu kambing,  ekstrak aloevera, ekstrak daun sirih, ekstrak aroma green tea dan jasmine. Sabun ini mempunyai bahan pemutih dan pencerah semulajadi dan sangat sesuai untuk kulit yang sensitive pada bahang matahari dan perubahan cuaca, Ia juga mengandungi pelembap bagi mencegah kulit menjadi kering dan kusam.
Bagi produk syampoo pula, syampoo anggun kasih rumusan alam dapat melembut dan memelihara rambut supaya lebih sihat dan bersinar. Antara kebaikan yang terdapat dalam produk syampoo kami ini ialah seperti :
·         Menguatkan akar rambut
·         Menghitam dan mengilatkan rambut
·         Mencegah kelimumur dan mengelakkan masalah kerosakan rambut
·         Menjadikan rambut kuat, sihat dan mudah diurus.
Pencuci muka Asian Goat juga sebahagian daripada produk kecantikan yang berfungsi sebagai pembersih dan pencerah kulit muka terutamanya kerana khasiat yang memang sesuai untuk kulit muka. Kelebihan pencuci muka Asian Goat ialah :
·         Membersih dan melembutkan kulit
          membersihkan muka jauh hingga ke liang rongga kulit
          mudah menghilangkan kekotoran, minyak dan kesan 'makeup'
         menegangkan kulit muka
         menghilangkan kesan jeragat
         tidak menyebabkan kulit menjadi kering
         menyebabkan penyerapan vitamin dan mineral lebih baik pada kulit.
         menjadikan kulit muka bersih dan segar


kemudahan pemasaran
produk keluaran kami dipasarkan melalui beberapa cara seperti:
-Hypermarket yang terlibat
-kedai-kedai melalui blogspot syarikat
-pembelian terus dari kilang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan